Tanda-Tanda Kerosakan Palam Pencucuh

1. Kenderaan terasa berat semasa memecut: Jika anda perasan, kenderaan lambat memecut setelah pedal minyak ditekan dengan pantas. Berkemungkinan besar spark plug telah diselaputi minyak atau enapan karbon yang menyebabkan percikan api yang terhasil tidak sempurna.

Apakah punca Enjin kereta semput

Penyakit enjin kereta semput sering berlaku dan menggusarkan ramai pemandu.

Masalah semput akan berlaku apabila enjin tidak mencapai pembakaran penuh dan beberapa faktor menyumbang kepadanya, seperti palam pencucuh rosak, pam bahanapi rosak dan penapis bahan api tersumbat.