Kefahaman bahawa kolesterol perlu dielakkan kerana menyebabkan sakit jantung perlu diperbetulkan semula.
Hati menghasilkan 75% daripada keperluan kolesterol yang beredar dalam darah kita . 25% lagi datang dari makanan.
Pada tahap normal, kolesterol sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu sel melakukan kerja mereka.
Kolesterol memainkan peranan penting dalam banyak proses badan, termasuk:
1) Membina membran sel dan salur darah membuat hormon
2) Menghasilkan vitamin D dalam kulit
3) Menghasilkan asid hempedu untuk mencerna makanan berlemak
4) Penghasilan hormon seperti testosteron lelaki dan estrogen wanita.
5) Mengawal kesihatan kelenjar seperti Prostat dan organ badan.
6) Sumber kolesterol adalah dalam haiwan dan tidak ada kolesterol dalam tumbuhan atau buah-buahan termasuk dalam minyak kelapa dan minyak sawit.
Kolesterol yang memberi masalah ialah yang bersumberkan makanan yang diproses oleh pengilang dan kedai makan.
Campuran gula pasir, perasa, lemak trans seperti mayonis, sos kicap dan sos cili semuanya meningkatkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat dalam badan.
Tugas kolesterol HDL atau kolesterol BAIK ialah membersihkan dinding saluran darah dari pengumpulan kolesterol LDL.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.