Jenama Panasonic nostalgia buat rakyat Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 698 times!

Asal sejarah Panasonic bermula dengan  menjual soket lampu berkembar di sebuah rumah kecil sahaja.

Ciptaan pertama Panasonic

Segala nya bermula apabila seorang pemuda jepun bernama Konosuke Matsushita berhasrat untuk mencipta alat untuk kegunaan orang ramai.

Syarikat milik Matsushita itu ditubuhkan pada 7 Mac 1918, kemudian berpindah dari kediaman kecilnya ke rumah dua tingkat yang lebih besar.

Nama syarikatnya asalnya ialah Matsushita Electric Housewares Manufacturing Works.

Dari kiri belakang, Konosuke Matsushita, Toshio Iue, & Mumeno Matsushita. Imej dari Panasonic.

Kakitangan terdiri daripada tiga orang: Konosuke Matsushita (23 tahun). Mumeno Matsushita (22 tahun) dan Toshio Lue (15 tahun).

Mereka mengubah suai tiga bilik di tingkat bawah menjadi bengkel, dan memasang hand-operated presses untuk membuat penebat.

Soket lampu berkembar berjaya mendapat permintaan tinggi di Jepun.

Matsushita kemudian mengorak langkah menambah pengeluaran dengan pengambilan tenaga kerja seramai  20 orang.

Strategi menjual produk melalui satu kedai borong sahaja tidak begitu memberangsangkan.

Matsushita kemudian beralih strategi pemasaran melalui pemborong yang dilantik.

Pada Februari 1920, Matsushita mereka bentuk logo untuk syarikatnya.

Hasil perniagaan secara skala kecil memboleh Matsushita membina sebuah kilang dengan 50 orang pekerja.

Daripada sinilah syarikat Matsushita mula mengorak langkah dalam mencipta pelbagai produk yang memudahkan hidup penduduk dunia.

Kronologi produk yang telah dihasilkan:

1923 – Lampu Basikal berkuasa bateri berbentuk peluru.

1927 – Sterika elektrik.

1931 – Radio bertiub 3 pertama dihasilkan.

1934 – Motor Induksi 3 fasa.

1951 – Mesin basuh jenis agitator.

1952 – TV Monokrom 17 inci.

1953 – Peti sejuk elektrik.

1954 – Radio bertiub 5 dan Radio Portable 1-jalur 4 tiub

1956 – Periuk nasi automatik.

1958 – Pita perakam & pendingin hawa.

Baca Juga   Kenangan Syawal bersama anak OKU

1960 – Televisyen bewarna.

1962 – Mesin Faksimili untuk Kegunaan Pejabat (Siri SD / LD) 

Menjelang 1965  Membuka cawangan di Malaysia atas nama Matsushita Electric Company Berhad

Kedai National dibuka pada 1979. Imej dari Panasonic.

Selepas 40 tahun penubuhannya,  perkembangan perniagaan Matsushita di Malaysia membawa kepada penubuhan  ia syarikat Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad (PMMA)  berIbu pejabat di Shah Alam, Selangor.

Pada November 1966, PMMA menjadi syarikat tersenarai awam dan meningkatkan modal menjadi 3 juta. Panasonic  menjadi kilang pertama yang mengeluarkan peralatan elektrik isi rumah di Malaysia.

Bukan itu saja, syarikat itu merupakan pengeluar bateri utama di Malaysia.

Panasonic melebarkan rangkaian produk inovatifnya seperti periuk nasi, cerek, pengisar, penyedut hampagas, televisyen LED, peti sejuk, pendingin hawa AI dan mesin basuh AI.

Matsushita  dianugerahkan gelaran ‘Tan Sri’ oleh Kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri kita, Tun Hussein Onn.

Sumbangan Panasonic kepada Malaysia

Pada tahun 1977 dan 1989, syarikat Panasonic merupakan penaja utama kejohanan untuk Sukan SEA.

Kedua-dua Sukan SEA tersebut diadakan di Kuala Lumpur. Menjelang tahun 2008, sempena sambutan Merdeka ke-50 Malaysia, Panasonic menyumbangkan Pusat Sukan Panasonic (PSC) di Shah Alam kepada kerajaan Malaysia.

Pusat Sukan Negara (Pusat Sukan Panasonic) Seksyen 20 Shah Alam

Ianya sebuah Stadium itu siap dibina pada tahun 1991 dengan kos RM34 juta dan objektifnya menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi untuk pekerja.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.