“Proton X10 ” Geely EV Panda Mini

This post has already been read 262 times!

Proton EV mini comel ini hangat diperkatakan kalangan peminat sejak tular di media sosial beberapa minggu lalu.

EV mini ini dipanggil Geely Panda Mini, dan ramai tertanya-tanya bilakah akan memasuki pasaran Malaysia sebagai produk berlencana Proton.

Geely EV Panda Mini



Peminat kereta juga mula memberi nama – Proton X10, untuk model Proton EV mini ini.


Geely Panda Mini ialah model empat tempat duduk dengan hanya dua pintu. Ianya berukuran 3,065 mm panjang, 1,522 mm lebar, 1,600 mm tinggi dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,015 mm.

Geely Panda Mini mempunyai banyak pesaing termasuk Chery QQ, Pocco Duoduo dan Meimei, Jiayuan Komi dan pelbagai EV mini daripada Wuling.

Kesemuanya mempunyai bateri yang agak kecil dan motor berkuasa rendah untuk pergerakan dikawasan perbandaran dan perumahan.

Spesifikasi untuk mod pergerakan kawasan perbandaran dengan jarak perjalanan 100km dan kelajuan maksima kira-kira 100 km/j.


Selain penjimatan bahan api, saiz kecil ini memberi lebih ruang untuk parkir kereta.

Bateri yang agak kecil juga memerlukan kemudahan pengecasan ekspres masih kurang di Malaysia.

Dikhabarkan beberapa syarikat China cuba mengeksport model EV mini. Wuling berjaya menjual sekitar 700 unit sebulan di pasaran Indonesia.

Untuk rekod sekitar April 2022 EV mini Wuling pernah dibawa masuk ke Malaysia tetapi setelah setahun berlalu tidak ada kedengaran berita perkembangannya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Penggodam Korea Utara curi data dari komputer mahkamah Korea Selatan: Polis