10 juta rakyat Malaysia B40 dan M40 layak e-tunai RM100

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Kejayaan Program e-Tunai Belia Rahmah yang diberikan kepada 2 juta belia berusia 18-20 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa, telah mendorong kerajaan melaksanakan inisiatif e-tunai RM100.00 kepada golongan berpendapatan tahunan RM100,000 kebawah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara ini merangkumi golongan B40 dan M40.

Ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini berusia 21 tahun ke atas, yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Ia dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia.

Tarikh pemberian dan cara pelaksanannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ 10 juta rakyat Malaysia B40 dan M40 layak e-tunai RM100 ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top