Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 28.57 peratus setakat April 2023.
Projek mega yang dicetuskan oleh Perdana Menteri ke-6; Datuk Seri Najib Tun Razak itu melibatkan pembinaan landasan sejauh 665 KM menghubungkan 4 negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Kemajuan kerja kerja di negeri Kelantan, jajaran ECRL sejauh 43.86km, kemajuan kerja infrastruktur mencecah 21. 58 peratus.
Difahamkan juga kerja kerja mencabar pembinaan Terowong Genting sepanjang 16.39km dari Pahang ke Selangor sedang giat dijalankan.
MRL dalam kenyataan media April 2023 menyebut “Proses penggalian Terowong Genting yang melibatkan 10km di Pahang dan enam kilometer lagi di Selangor dijangka mengambil masa dua setengah tahun dengan kadar produktiviti lebih kurang antara 400 hingga 600 meter sebulan.
Projek Ecrl ini akan mewujudkan sistem pengangkutan moden di negeri-negeri pantai timur itu dijangka mula beroperasi pada Jan 2027.
Sasaran penumpang ialah 5.6 juta setahun, setiap perjalanan melibatkan enam gerabak yang mampu membawa 440 penumpang.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.