Ini dia Formula pulihkan matawang yang telah terbukti berjaya

This post has already been read 248 times!

Apa yang Gabenor Bank Negara sebut itu betul. Kelemahan Ringgit hari ini memang banyak disebabkan faktor luaran. Tetapi dahulu pun sebenarnya begitu.



Pada 2015-2017 ekonomi US sangat kuat. Kadar faedah mereka dinaikkan kali pertama sejak 2006. Bank Pusat US pula buat Quantitative Easing sebanyak USD 3.7 trilion.

Kesannya hampir semua matawang dunia jatuh 10-15% berbanding USD.

Ya itu semua faktor luar. Itu kita tidak boleh kawal.

Tetapi ada faktor dan kaedah dalaman. Ini kita boleh tentukan

Apa yang kerajaan buat pada 2015 – 2017?

Saya sudah menulis ada 2 cara sebelum ini. Sekarang saya terangkan cara selebihnya

DS Najib ketika itu gunakan prinsip asas yang sama. Kurangkan permintaan dalam negara terhadap Dollar dan tingkatkan permintaan terhadap Ringgit

Bagaimana?

Pertama, kerajaan arahkan syarikat-syarikat dalam negara terutama GLC untuk jadualkan semula pembayaran luar negara. Ini mengurangkan tekanan kepada Ringgit

Kedua, syarikat-syarikat GLC diminta membawa pulang matawang asing mereka masuk ke dalam negara. Matawang ini ditukarkan kepada Ringgit sekaligus menaikkan nilainya

Ketiga, GLC-GLC mencairkan (divestment) sebahagian aset-aset di negara asing. Kebanyakan aset-aset ini dibeli ketika Ringgit sedang kukuh antara 2010 – 2013.

Disebabkan kadar Ringgit yang rendah pada 2015-2016, GLC-GLC ini memperoleh keuntungan apabila jualan dalam matawang asing itu ditukar kepada Ringgit semula.

Cara ini juga meningkatkan permintaan terhadap Ringgit.

Keempat, kerajaan meningkatkan kadar eksport. Apabila Ringgit rendah, harga barangan tempatan yang dieksport ke luar negara juga menjadi lebih murah.

Peningkatan nilai eksport menyebabkan permintaan terhadap Ringgit juga meningkat apabila bayaran dari luar negara itu ditukar kepada matawang kita.

Pada 2017 perdagangan antarabangsa Malaysia naik 19.4% kepada RM1.774 trilion – kenaikan paling tinggi dalam tempoh 13 tahun

Kelima, kerajaan menaikkan sektor pelancongan. Apabila Ringgit rendah, maka kos pelancong asing ke negara kita juga menjadi lebih murah. Pada 2016, kadar pelancong asing naik 4%.

Keenam dan paling penting, kerajaan juga gunakan hubungan luar untuk naikkan semula ekonomi negara. Naikkan pelaburan dan dagangan

Contohnya lawatan Raja Saudi pada 2016. Bukan sahaja ketika itu kita mendapat tambahan kuota haji sebanyak 10 ribu tempat, sebaliknya kita juga mendapat pelaburan sekitar RM40 bilion – sebahagian besarnya di Rapid Pengerang.

Apabila pelaburan asing tinggi, maka permintaan terhadap Ringgit juga akan tinggi. Sekaligus nilai matawang kita akan naik.

Akhirnya nilai Ringgit meningkat daripada RM4.47/USD pada awal 2016 kepada RM3.86/USD pada suku pertama 2018 – peningkatan 15%

Itulah formula ekonomi sebenarnya. Yang telah terbukti berjaya

Kita tidak mampu untuk terus bermain dengan sembang semata, masa sudah tiba untuk bertindak mengikut prinsip ekonomi sebenar.

—-Perkongsiaan oleh —
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Pekan, Pahang

Penafian
Baca Juga   Hukuman keatas Bossku dikurangkan 50%

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.