Akibat tinggalkan 10 minit kenderaan dalam keadaan enjin hidup

This post has already been read 62 times!

Lori roti Gardenia dilarikan penunggang EX5

Kejadian sekitar 4:20 petang 1 Ogos 2023, sebuah lori roti Gardenia hilang selepas ditinggalkan oleh pemandunya sebentar dibahu jalan berhadapan sebuah stesen minyak Taman Puchong Utama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wat Mamat memberitahu, kejadian sekitar 4.20 petang itu, pemandu berusia 34 tahun itu telah meninggalkan lori berkenaan dalam keadaan enjin hidup dan pintu berkunci.

Pemandu lori berkenaan memasuki stesen minyak untuk membuat pengeluaran wang di mesin juruwang automatik (ATM).

Sebaik sahaja kembali ke tempat lori diletakkan sekitar 10 minit mendapati lori tersebut hilang.

“Hasil bantuan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, dapati seorang suspek telah melarikan lori tersebut pada pukul 4.24 petang.

“Suspek telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dilaporkan hilang di kawasan Serdang,” ujarnya lagi.

Pengajarannya Lori perdagangan dan Kenderaan perlu dilengkapi alat Pengesan Lokasi.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Petua ringkas mencari teman hidup