This post has already been read 425 times!
Sejurus Bom Atom plutonium digugurkan oleh pesawat pengebom Amerika Syarikat, meledak membakar bumi Nagasaki, seorang jurugambar berjaya merakamkan kelibat budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun, mengendong adiknya ditempat pembakaran mayat.
Ramai menyangka adiknya di belakang itu sedang tidur. Apabila diperiksa dengan teliti, rupanya adiknya itu telah meninggal dunia akibat ledakan bom atom plutonium.
Budak lelaki ini sedang menunggu gilirannya untuk membakar mayat adiknya.
Sewaktu mayat adiknya dimasukkan ke dalam sel pembakaran, budak lelaki itu berdiri lama, tidak bergerak. Dia mengetap bibir bawahnya sampai berdarah. Apabila api semakin reda, budak itu berlalu pergi.
Kisah ini merupakan antara gambar ikonik mangsa pengeboman di Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua.
Ada yang cuba untuk mencari identiti sebenar budak ini, namun masih gagal.
Kredit Facebook Zamer Mohyedin
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.