Saban tahun sistem pendidikan negara berjaya menghasilkan pelajar terbaik samada peringkat SPM dan STPM, juga ramai pelajar terbaik bidang teknologi pada peringkat ijazah pertama mahupun peringkat sarjana dan Doktor falsafah.

Usia Negara merdeka ini sudah pun menjangkau 66 tahun namun pencapaian cemerlang dalam inovasi teknologi sangat mendukacitakan.

Kemajuan teknologi bidang pertanian sebagai contohnya juga jauh ketinggalan berbanding negara Thailand dan Indonesia. Pakar teknologi kita dilihat mundur dalam berkongsi idea berbentuk penulisan.

Sebahagian besar kajian di peringkat universiti dan badan penyelidikan tidak dikongsikan kepada umum. Ini berbeza dengan budaya barat yang gemar berkongsi pencapaian mereka untuk bacaan umum.

Pakar-pakar kita kelihatan sangat pasif seolah olah segan untuk tampil mencadangkan kajian mereka kepada umum.

Media sosial boleh dijadikan landasan untuk membuat siaran berilmiah bagi tatapan umum.

Apaguna menghasilkan pelajar cemerlang tetapi tidak memiliki keupayaan inovasi yang sangat diperlukan oleh negara.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btn Klik Lazada