Kisah Hebat Ir Solah Atiyyah : Allah Sebagai Rakan Kongsi Seorang millionaire Mesir. Bernama Ir Solah Atiyyah.
Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka.
Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan perusahaan penternakan ayam.
Menternak ayam dipilih. bersesuaian dengan kepakaran mereka miliki hasil dari pengajian di universiti.
Masalaha biasa yang dihadapi oleh usahawan baru ialah kekangan modal.
antas mereka mencari pemodal sebagai rakan berniaga sepuluh. Maka… Tunggu punya tunggu orang ke sepuluh masih belum ada.
Mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound Egypt. Ada yang menjual gelang emas rantai isteri. 200 pound (RM50) atau junaih Mesir ini teramat amat rendah nilai sebenarnya. Jumlah masih belum mencukupi dan mereka memikirkan pilihan untuk mencari pemodal tambahan menjadikan sepuluh orang.
Tiba tiba.. Datang salah seorang dari sahabat yang 9 orang ini bernama Ir Solah Atiyyah Beliau berkata, “aku sudah temukan orang yang ke sepuluh yang bakal bersama syarikat kita”.
Maka sahabat-sahabatnya bertanya, siapa dia ? Maka Solah Atiyyah pun berkata, Dia adalah Allah.
Allah akan jadi yang ke sepuluh yang akan membawa masuk modal tambahan.
Jika ada keuntungan, 10 % peratus kita beri pada Allah. Dan kita sepakat untuk biarkan Allah uruskan syarikat kita. Menjaga, melindungi, dan berikan keamanan daripada dugaan.
Maka semua bersetuju dengan janji ini. Maka surat perjanjian pun ditanda tangani. Dengan menjadikan Allah yang kesepuluh dalam syarikat ini. Dan 10 peratus dari keuntungan ini adalah hak milik Allah. Dan sebagai ganti, Allah menjaga segala apa apa yang berkaitan dengan keamanan keuntungan syarikat, maka selesai ditanda tangani di bulan itu.
Pusingan modal yang pertama itu menghasilkan keuntungan yang sangat besar.
Masuk pusingan modal yang kedua, semua bersepakat untuk menaikkan peruntukkan hasil keuntungan sebanyak 20 peratus untuk Allah. Sehinggalah semakin hari semakin bertambah keuntungan. Suatu hari mereka menaikan peruntukkan untuk Allah sebanyak 50 peratus dari hasil keuntungan. Di sini ada persoalan, bagaimana caranya mereka menggunakan keuntungan yang di beri kepada yang kesepuluh itu iaitu Allah?
Mereka menyumbang wang berkenaan untuk pembinaan sekolah agama untuk peringkat tadika iaitu taska untuk kanak-kanak lelaki. Kemudian mereka membina sekolah agama tadika untuk kanak-kanak perempuan. Seterusnya sahabat bersembilan ini membina maahad untuk peringkat rendah bagi lelaki. Kemudian mereka membina sekolah maahad rendah bagi perempuan. Kemudian mereka membina maahad peringkat menengah untuk lelaki dan juga perempuan. Kemudian, disebabkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Mereka pun mula mencipta baitul mal untuk membantu orang-orang susah. Kemudian mereka mula memikirkan untuk membina sebuah Universiti di dalam kampung itu.
Pada mulanya mereka mula membuka peluang kerja bagi yang memerlukan. Tetapi ramai yang menolak kerana kampung itu tidak ada kemudahan pengangkutan . Disebabkan tiada orang yang mahu berkerja di universiti yang di bangunkan. Mereka pun berfikir untuk mengadakan kemudahan keretapi yang menghubungkan kawasan bandar ke kawasan kampung berkenaan.
Akhirnya untuk julung kalinya, dalam sejarah Mesir terbinanya sebuah Universiti di dalam satu kampung yang kecil. Dan Universiti daripada satu bertambah besar jadi dua, tiga dan empat. Kemudian mereka membina perumahan untuk pelajar yang memuatkan seramai 600 orang pelajar dan mereka membina asrama pelajar yang memuatkan seramai 1000 orang pelajar.
rangkaian keretapi berjaya diperluaskan dan para pelajar boleh mendapatkan tiket percuma untuk mereka pulang ke kampung.
Mereka berjaya membina Baitulmal sehingga tiada seorang pun yang fakir di kampung itu. Kemudian mereka cuba untuk buat perkara yang sama di kampung-kampung berhampiran.
Matlamatnya supaya orang fakir, janda janda dan orang-orang yang tidak punya pekerjaan, diberi peluang kerja.
Dengan keuntungan yang diperolehi,makanan berupa sayur sayuran, bijirin-bijirin hasil dari keuntungan. Di beri kepada masyarakat yang memerlukan.
Pada bulan ramadan, diadakan iftar majlis berbuka puasa secara beramai ramai di bawah khemah besar yang diberi kepada sesiapa sahaja yang datang.
Kemudian mereka berjaya mengahwinkan perempuan-perempuan anak anak yatim.
Dan ini adalah sedikit sebanyak kebaikan yang di lakukan oleh mereka bersembilan antaranya adalah Syekh Solah Atiah.
Diceritakan pengkebumian Ir Solah Atiah diiringi oleh seramai 500 penduduk.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.