This post has already been read 23517 times!
eMadani : Pendaftaran dan tuntutan kredit e-wallet / etunai Madani bernilai RM100 mulai minggu depan, 4 Disember 2023
Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.
1. MAE
2. ShopeePay
3. Setel
4. Touch n Go
Syarat Kelayakan Kredit e-Wallet RM100 eMadani
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1)’Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
2) Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
3) Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023
Tarikh Tuntutan / Perbelanjaan
Tarikh pendaftaran dan penebusan adalah bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.