Pada tahun 1906, seorang kerabat diraja iaitu Engku Geting telah bermaharajalela dengan melakukan pencurian lembu kerbau serta binatang ternakan lainnya.

Disebabkan dia merupakan kerabat diraja maka penduduk kampung tidak berani bertindak.
Seterusnya Engku Geting terlibat pula dengan kegiatan perjudian yang diadakan secara besar-besaran di rumahnya. Suatu hari, Sarjan Polis dari Balai Tabal telah datang ke rumah Engku Geting lalu menangkap 5 orang tauke judi Cina.



Tetapi kaki judi yang berjumlah ratusan orang itu tidak berpuas hati lalu mengepung pasukan polis itu dan mengugut akan menikam mereka jika tauke-tauke judi itu tidak dilepaskan. Sarjan tersebut kemudiannya telah melepaskan mereka dan melaporkan kejadian itu ke Kota Bharu.

Pada keesokan harinya seramai 40 orang anggota polis telah datang kembali dan berjaya menangkap kaki judi tersebut namun Engku Geting berjaya melepaskan diri ke Besut.

Tidak lama kemudian, Engku Geting telah pulang ke Kelantan dan menyerah diri lalu dibicarakan dan dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun sebelum hukuman diubah
oleh Sultan Kelantan kepada buang negeri ke Mekah.

Berkemungkinan kerana amalan kerajaan Kelantan dahulu membuang rakyat ke Mekah dengan niat supaya menjadi baik dan meninggalkan perangai buruk, Kelantan mendapat gelaran serambi Mekah.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada