Program tukar topi keledar Madani percuma

This post has already been read 186 times!

Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dari 8 hingga 10 Disember ini, akan berlangsung Program Pertukaran Topi keledar.

Syaratnya seperti berikut:

1) Warganegara malaysia

2) Mykad perlu dikemukakan semasa penukaran

3) Terhad satu (1) unit topi keledar untuk seorang

4) Individu wajib membawa topi keledar Lama/rosak atau tidak mengikut Spesifikasi sirim

5) Terhad 1,000 unit Topi keledar setiap hari

Sebanyak 3,000 topi keledar ditawarkan untuk program pertukaran di bawah Kementerian Pengangkutan dan sesiapa sahaja pengunjung boleh datang, bawa topi keledar dan tukar baharu.

Maklumat Lanjut:

www.Malaysiamadani.Gov.My

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Program Jualan Termurah akan Diperluas dan Lebih Kerap