Kedah beri Bantuan RM100 setiap bayi lahir 2023

This post has already been read 314 times!

Bagi ibu ayah di negeri Kedah yang baru sahaja menimang cahaya mata, kerajaan negeri Kedah telah memperkenalkan Program Anakku Sejahtera dengan menyalurkan insentif kelahiran sebanyak RM100.



Ia diberi secara one-off kepada akaun Simpanan SSPN Prime kepada setiap bayi yang lahir pada tahun 2023.

Ibu ayah yang mendaftar anak baru dilahirkan di negeri Kedah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023 akan layak menikmati insentif ini.

Simpan SSPN Prime
Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenalai sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004.

Tujuan produk simpanan jangka panjang diwujudkan adalah untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.

Ibu bapa yang membuka akaun Simpan SSPN Prime akan menerima manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Syarat Permohonan
Bagi ibu bapa yang ingin memohon Program Anakku Sejahtera ini, mereka perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

Bayi mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah.
Ibu atau bapa lahir di Negeri Kedah melebihi 10 tahun.
Pendapatan isi rumah mestilah RM3,000 sebulan dan ke bawah.
Anak tersebut mestilah lahir pada 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

Cara Membuka Akaun Simpan SSPN Prime
Ibu bapa boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime secara online melalui langkah-langkah berikut:

Layari laman web https://sspniplus2u.my/index.php/sspn-prime.
Klik butang ‘Pembukaan Akaun SSPN Prime.’
Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’

Baca Juga   Kisah pemilik rumah anak yatim hidup mewah

Borang permohonan Program Anakku Sejahtera dan maklumat lanjut berkaitan program ini boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.