Kadang kala duit boleh datang pelbagai cara antaranya melalui mykad.
Wang yang tidak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain.
Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupa-rupanya masih ada wang yang boleh dituntut dalam jumlahnya yang banyak.
Berikut merupakan cara untuk anda tuntut wang tak dituntut ini supaya boleh digunakan.
CARA MENYEMAK WANG YANG TIDAK TAK DITUNTUT
1.masuk ke laman sesawang https://egumis.anm.gov.my
2.Klik di bahagian atas sebelah kanan -PENDAFTARAN-
3.Lengkapkan maklumat diri yang diminta. (Nama penuh dan nombor kad pengenalan sila ikut dokumen pengenalan diri)
4.Isi maklumat dan tandakan ruangan yang perlu ditanda dan klik ‘DAFTAR’. Pendaftaran selesan dan klik LOG MASUK.
5.Pergi ke laman sesawang eGUMS di https://egumis.anm.gov.my dan klik LOG MASUK.
6.Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran.
7.Kemaskini maklumat pengguna (pengguna diminta untuk melengkapkan semua butiran yang bertanda *)
Teruskan dengan semakan mengikut arahan dalam portal.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.