Bayaran awal Fasa 1 STR 2024 disambut gembira
 

This post has already been read 158 times!

Bayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bermula hari ini diharap dapat meringankan beban penerima bantuan menampung kos kenaikan harga barang keperluan.


Bayaran maksimum STR fasa 1 bagi isi rumah pada tahun 2014 ditingkatkan kepada RM500 berbanding RM300 tahun 2023.

Kementerian Keewangan dalam satu kenyataan  memaklumkan penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.

Penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kisah benar PDRM selamatkan pencuri roti demi anak