This post has already been read 566 times!
Bagi Program Penghargaan Warga Emas, sumbangan wang sebanyak RM200 setahun sekali diberikan manakala bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1000 secara one-off diberikan kepada waris warga emas.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Daftar permohonan disini
https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.