Bantuan orang Bujang 2024 bakal disalurkan tidak lama lagi

This post has already been read 98 times!

Golongan bujang merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2024.


Untuk 2024, Sumbangan Tunai Rahmah kepada golongan belia bujang yang layak akan menerima sejumlah RM500 melalui 4 fasa pembayaran.


Tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.
Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.


Untuk makluman, berikut adalah tarikh awal puasa dan sesi baru sekolah 2024;

10 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan A

11 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan B

12 Mac 2024 Awal Ramadhan (tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja)

Pembayaran bagi fasa-fasa seterusnya adalah sebagaimana berikut:

Fasa 2 – April 2024
Fasa 3 – Ogos 2024
Fasa 4 – November 2024


Semakan Kelayakan STR Bujang
Semakan status STR terkini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;

Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2.0