Kisah benar PDRM selamatkan pencuri roti demi anak

This post has already been read 160 times!

Kisah ini transkrip dari video yang dilampirkan. Pengajaran kisah ini pentingnya institusi bantuan seperti tabung masjid mengambil perhatian sewajarnya.

Seorang anggota polis bertugas di Pulau Pinang menceritakan satu kisah menyentuh perasaan.

Anggota berkenaan menerima satu arahan untuk tangkapan keatas kes curi di Tesco.

Sebaik tiba di bilik pengawal Tesco, kelihatan satu lelaki melayu duduk atas kerusi.

Dua bungkus roti gardenia berada diatas meja pengawal.

Pengawal memberi tahu lelaki berkenaan didapati mencuri dua bungkus roti.

Jika dihitung nilai roti sekitar rm10 sahaja. Mungkin boleh diselesaikan dengan ehsan orang ramai sahaja.

Namun pihak Tesco berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang.

Lelaki berkenaan kemudian dibawa ke balai polis.

Sedikit soalan diajukan dan lelaki berkenaan menjelaskan dalam kesempitan wang, ekoran diberhentikan kerja. Isterinya pula melarikan diri meninggalkan seorang anak lelaki berusia 5 tahun.

Dia nekad bertindak mencuri demi untuk diberikan kepada anak kelaparan di rumah.

Penjelasan yang menyentuh hati rupanya sudah 2 hari dia tidak menyediakan nasi untuk anaknya.

Dia hanya dapat memberi keropok mamee sahaja berharga 20sen sebungkus.


Setibanya di balai pihak Timbalan Ketua Balai Sarjan Mejor Shahruddin memanggil wakil pasaraya untuk berbincang memandangkan harga roti tidak sampai RM10.00.

Pada awalnya wakil pasaraya berkeras tidak mahu menerima bayaran kos roti berkenaan.

Namun setelah diceritakan kisah lelaki itu, akhirnya wakil pasaraya bersetuju menyelesaikan kes dengan syarat bayaran 10 kali harga asal. Ini bermakna harga RM100 perlu dijelaskan.

Tanpa berlengah Timbalan Ketua Balai menjelaskan bayaran berkenaan serta menyumbang sejumlah wang sakuuntuk lelaki berkenaan.

Selang berapa bulan lepas tu, lelaki berkenaan datang ke balai, memberitahu sudah mendapat pekerjaan baru dan berhasrat membayar semula wang yang beri oleh Timbalan Ketua Balai.

Baca Juga   Kaedah Bayaran dan Tarikh STR 2024

Ketika itu Timbalan Ketua Balai telah pun berpindah ke Nibong Tebal.

Antara amanat Timbalan Ketua BalaicSarjan Mejor Shahruddin yang sangat bermakna
“kalau nampak orang dalam kesusahan, jangan ingat Allah uji orang berkenaan sahaja, sebaliknya Allah juga menguji kita, Allah nak lihat sejauh mana keperihatinan membantu menyelesaikan kesusahan”

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.