[[Terkini]] Pembayaran STR 2024 Fasa 1  bermula Isnin 29 Januari

This post has already been read 182 times!


KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kementerian Keewangan dalam kenyataan terbaru mengumumkan bahawa Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin ini (29 Januari).




Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF, kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah, berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun 2023, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup.

Kementerian itu memberitahu penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Penolakan emadani tanpa penjelasan spesifik seolah olah dibuli