Permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah 2024

This post has already been read 176 times!

Permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah dibuka sepanjang tahun 2024.

Untuk mendaftar sila rujuk panduan dibawah:



  • Permohonan baharu STR 2024 boleh dikemukakan melalui:
  1. secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR; atau
  2. secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2024 bagi tatacara untuk membuat permohonan

     

     

  • Kaedah penghantaran borang dan dokumen sokongan adalah seperti berikut:
  1. Muat naik secara dalam talian di Laman Rasmi STR semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau
  2. Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  3. Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan di Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya

 

  • Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

    Individu

    Jenis Dokumen

    Pemohon 
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN/ JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau 
    •  Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN/JPN; atau 
    • Salinan Sijil Dekri Nisi/Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah 
    Pasangan 
    • Salinan pengenalan pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS); atau
    • Salinan pasport/Visa/UNHCR/Pas Sempadan/Sijil lahir/KP lama 
    Anak 
    • Anak Kandung Salinan MyKad/MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau 
    • Anak Angkat Salinan MyKad/MyKID dan Salinan Sijil Daftar yang dikeluarkan oleh JPN 

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Bantuan Guaman Selangor 2024