Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan dan sokongan kepada masyarakat yang memerlukan.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKM meliputi pelbagai aspek, termasuk bantuan kepada kanak-kanak, warga emas, orang miskin, orang kurang upaya (OKU),warga emas serta menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

JKM juga bertanggungjawab dalam pengurusan bencana dan menyediakan skim bantuan kebajikan. 



Cara Semakan Bantuan JKM
Untuk menyemak seperti langkah-langkah berikut:

Akses Pautan eBantuan JKM:

1) Layari laman web eBantuan JKM di ebantuanjkm.jkm.gov.my

2) Klik Semakan Status Atas Talian: Pilih pilihan semakan status yang terdapat di laman web.


3) Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik ‘Semak’: Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak untuk mendapatkan status semakan. 


Adalah penting untuk diingat bahawa senarai yang dipaparkan hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan tempat pemohonan dibuat.


Jenis-Jenis dan Senarai Bantuan JKM
Berikut adalah jenis-jenis dan senarai bantuan yang disediakan oleh JKM:


1) Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
2) Elaun Pekerja Cacat (EPC)
3) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
4) Bantuan Penjagaan OKU  Terlantar/ Pesakit Kronik

5) Terlantar (BPT)
6) Bantuan Orang Tua (BOT)
7) Bantuan Am Persekutuan (BA)
8) Bantuan Anak Pelihara (BAP)
9) Bantuan Latihan Perantis (BLP)
10) Bantuan Geran Pelancaran (GP)
11) Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
12) Tabung Bantuan Segera (TBS) 

Setiap jenis bantuan ini memiliki kriteria dan tujuan tersendiri, yang dirancang untuk memenuhi keperluan khusus penerima bantuan.


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hadir diJabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn