Berikut dikongsikan Pengalaman MyStep di Putrajaya.
(1) Kami berfungsi sebagai orang suruhan kesemua pegawai. Lelaki perempuan kena kemas stor dan angkat barang berat. Kami menjadi modal bercerita bagi pegawai. Ada sahaja kesilapan mystep yang menjadi bahan umpatan. Setiap tingkahlaku kami diperhatikan.
(2) Pernah kami dipaksa kerja siang malam tanpa OT. Staff gred 11 yang kerja sama2 dengan kami dapat duit OT rm2k. Tapi kami hanya makan basic. Waktu tu kami kena kerja 24 hours. Semua mystep mata bengkak merah. Tetapi tidak dihargai kerana pegawai kata, waktu kerja mystep adalah selagimana tenaga mereka diperlukan.
(3) Mystep tak dapat akses card pintu. So hidup terkurung. Nak ke toilet kena pinjam pass pegawai. Kebanyakan staff keberatan nak beri pinjam sebab mereka pun nak guna untuk keluar masuk.
(4) Waktu kerja kami ditetapkan 8 pagi -5 petang. Sedangkan pegawai tetap waktu anjal.
(5) Kereta mystep tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pagar kompleks. Oleh itu, kena parkir jauh walaupun sampai paling awal ke pejabat.
(6) Ramai ditamatkan kontrak sebelum waktu. Pukul 5.30pm dah sampai rumah, baru tahu rupanya pukul 5 petang tadi adalah waktu waktu kerja terakhir. Ini kerana peruntukan gaji tidak mencukupi.
(7) Mystep tiada caruman Eis. Oleh itu, bila ditamatkan perkhidmatan, kebajikan tidak terjaga.
(8) Hampir semua Mystep masuk melalui kabel. Oleh itu, ramai mystep merupakan ahli keluarga pegawai sendiri. Ini mengekang orang luar yang lebih layak untuk mengisi peluang menyertai program kerajaan seperti ini.
Harapan saya,
(1) Bahagian sumber manusia dapat bertindak memantau kemasukan Mystep dengan cara tidak ada pertalian kekeluargaan dalam jabatan yang sama.
(2) Caruman Eis dibuat ke atas pekerja Mystep. Hal ini kerana ramai mystep yang ditamatkan perkhidmatan pada masa yang mengejut.
(3) Berikan akses kad kepada staff mystep. Sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran, tidaklah mystep terperangkap dlm blok dan tidak berlaku perebutan kad untuk ke tandas.
(4) Hadkan tempoh mystep bekerja di jabatan sama limit sekian tahun. Supaya dapat beri peluang kepada graduan menganggur yang lain. Ada mystep yang dah bekerja selama 10 tahun.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.