Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2.0-RMR 2.0

This post has already been read 847 times!


Pemohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual.
Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.


Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:

1) BUKA LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my

2) KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap

3) PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon

4) LOG MASUK KE LAMAN UTAMA

– Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR

5) MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem

6) SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang


7) MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

 
Rujuk manual lengkap di pautan di bawah: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf 

Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disertakan permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

1) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
2) Salinan kad pengenalan tuan tanah
3) Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)

4) Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru

5) Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*

6) Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*


7) Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah

8) Salinan sijil nikah pemohon

9) Borang laporan tapak bergambar 

NOTA:

1) Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A

Baca Juga   Kedah beri Bantuan RM100 setiap bayi lahir 2023

2) SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa 

3) Semakan Status Kelulusan
Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. 

4) Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

5) Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.