This post has already been read 1363 times!
Ramai yang meminta supaya diberi panduan ringkas cara daftar untuk mencari kerja dalam talian.
Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:
Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut:
1) Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
2)Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
3) Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
4) Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.