Benarkah Minyak kelapa penyebab sumbat jantung

This post has already been read 116 times!

Walaupun kelapa mempunyai sejarah perubatan diiktiraf, namun ada pihak memberi gambaran negatif atas faktor persaingan pasaran.

Minyak kelapa, khususnya, telah dilabelkan sebagai lemak tepu penyumbat arteri yang harus dielakkan. kenapa?

Jawapan kepada soalan itu adalah campuran salah tanggapan, prasangka, dan pemasaran.

Kerana publisiti negatif yang diterima lemak tepu pada masa lalu, ramai orang keliru tentang aspek kesihatan minyak kelapa.


Selama lebih tiga dekad lemak tepu dikatakan punca kepada meningkatkan kolesterol darah.

Minyak kelapa secara khususnya, yang sangat tepu, telah dijadikan sasaran kritikan ini.

Pada pertengahan 1980-an industri kacang soya menaja kempen dimedia kononnya untuk “mendidik” orang ramai tentang faedah minyak kacang soya dan bahaya lemak tepu( minyak kelapa).

Kumpulan berkepentingan
seperti The Center for Science in the Public Interest (CSPI) turut serta dalam serangan ke atas lemak tepu.


Bersama-sama kumpulan ini berjaya memusnahkan semua lemak tepu dan terutamanya minyak kelapa.

CSPI mencipta istilah “lemak penyumbat arteri” merujuk kepada minyak kelapa bertujuan menjatuhkan keyakinan terhadap kehebatan minyak kelapa.


Minyak kelapa tidak mendatangkan kesan berbahaya malah menurunkan kolesterol LDL.

Fakta ini tidak pernah disebut dalam kempen anti lemak tepu yang ditaja oleh industri minyak sayuran.

Orang ramai menganggap bahawa semua sumber lemak tepu adalah berbahaya.

Hampir semua orang percaya bahawa minyak kelapa menyebabkan penyakit jantung.

Malah doktor kesihatan juga keliru. Beberapa penyelidik yang mengetahui kebenaran tentang kelapa akhirnya melangkah ke hadapan untuk meluruskan fakta ilmu yang diselewengkan.

Namun usaha berkenaan berdepan kesukaran akibat kepercayaan bahawa minyak kelapa menyebabkan penyakit jantung telah kukuh sehingga orang tidak mahu mendengar penjelasan baru.

Malah, pengkaji dicemuh dan dikecam kerana mempertahankan minyak kelapa. Akhirnya mereka berundur dan berdiam diri.

Pengeluar makanan yang sensitif terhadap ketakutan pelanggan terhadap lemak tepu tidak lagi menggunakan minyak kelapa daripada produk mereka.

Menjelang awal 1990-an minyak kelapa telah hampir hilang daripada diet penduduk dunia.

Malah di kawasan penanaman kelapa di dunia seperti Filipina, minyak kelapa telah dielakkan.


Kebenaran tentang minyak kelapa kekal tersimpan dalam jurnal perubatan, hanya sedikit orang yang membaca dan memahaminya.

Bagaimanapun saintis yang mengiktiraf potensi pemakanan dan perubatan dalam minyak kelapa meneruskan penyelidikan mereka.


Semasa orang ramai diberitahu tentang bahaya minyak kelapa, pakar-pakar perubatan secara aktif menggunakannya pada pesakit mereka.

Minyak kelapa, dalam satu bentuk atau yang lain, pernah dan masih digunakan dalam tiub suapan untuk merawat pesakit kritikal.

Secara perlahan Minyak kelapa dijadikan bahan utama dalam susu formula bayi di hospital dan di pasaran.

Ia digunakan dalam ubat-ubatan tanpa preskripsi dan ditambah kepada makanan untuk melindunginya daripada rosak.

Produk pemakanan seperti minuman sukan serbuk dan bar tenaga menggunakannya. Walau bagaimanapun, hanya sedikit orang yang menyedari perkara ini.

Selalunya istilah MCT (iaitu, trigliserida rantai sederhana, juga dikenali sebagai minyak kelapa pecahan) atau asid kaprilik atau laurik (yang dipanggil lemak tepu penyumbat arteri dalam minyak kelapa) telah dikenalpasti sangat bernilai tinggi untuk kesihatan jantung dan bukan penyumbat sebagaimana digembar-gemburkan.


Berikut adalah sisipan testimoni khasiat kelapa yang menakjubkan.



1) Penyakit Parkinson
Donna- Saya kini menjaga bapa saya yang berumur 85 tahun yang mempunyai pelbagai masalah, termasuk demensia, gejala Parkinson dan kanser limfa. Dia pasti mempunyai semua tanda-tanda Parkinson, tetapi doktor tidak akan mendiagnosis dia menghidap Parkinson kerana dia mengalami simptom-simptom sebelum kami membawanya ke doktor. Apabila saya memberitahu doktor bahawa ayah mengalami badan menggigil, tidak mampu bergerak sekadar mengesot dan membongkok jika hendak berjalan.

Dengan mengambil minyak kelapa dara, ayah lebih tenang dan gejala Parkinson dapat diredakan. Namun doktor seperti tidak percaya.

Tetapai itulah hakikatnya yang berlaku.



2) Prostate
Iikka-Saya telah mengalami masalah bengkak prostat menyebabkan sangat sukar untuk membuang air kecil sehingga saya mendapatkan rawatan doktor.

Saya mengambil ubat Prostat itu beberapa tahun, dan ini menyebabkan hidung saya sentiasa tersumbat.

Kadang-kadang saya mencuba tanpa ubat, dan hidung terbuka!

Saya mendapat tahu bahawa komposisi asid lemak dari minyak kelapa, memiliki pelbagai khasiat dan mencuba untuk beberapa minggu. Didapati masalah prostat semakin pulih dan dan kini selama kira-kira 3 tahun bergantung semata-mata pada minyak kelapa. Tiada lagi masalah buang air kecil!

Baca Juga   Manfaat kesihatan buah nangka dalam pencegahan kanser
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.