“Operation Paper Clip” ialah kod sebuah program rahsia kerajaan Amerika Syarikat di mana lebih daripada 1,600 saintis, jurutera dan juruteknik Jerman, termasuk beberapa bekas ahli dan pemimpin Parti Nazi berkepakaran dalam fizik matematik dan kimia, telah diambil dan dibawa ke A.S selepas Perang Dunia II.
Operasi itu, yang berlangsung antara 1945 dan 1959, bertujuan untuk mempertingkatkan teknologi kejuruteraan tentera AS dan untuk mengelakkan kepakaran mereka daripada jatuh ke tangan Kesatuan Soviet semasa era Perang Dingin.
Para rekrut terbabit dalam pelbagai bidang seperti teknologi roket, penerbangan, dan peperangan kimia dan biologi.
Beberapa ahli sains Nazi yang terlibat dalam projek Paper Clip ialah
1) Hermann Oberth terkenal gelaran Bapa Roket Nazi kerana berjaya membangunkan roket V-2 untuk Nazi Jerman semasa Dunia II.
2) Ernst Stuhlinger Jurutera Roket Nazi,
3)Robert Lusser Jurutera Dan arkitek jet pejuang Nazi.
4) Wernher von Braun Jurutera pembangunan roket V2 Nazi .
Tokoh Nazi terkenal terlibat secara langsung pembangunan NASA seperti Wernher von Braun, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan program angkasa A.S.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.