apa rahsia “Operation Paper Clip” Amerika Syarikat

This post has already been read 1093 times!

“Operation Paper Clip”   ialah kod sebuah program rahsia kerajaan Amerika Syarikat di mana lebih daripada 1,600 saintis, jurutera dan juruteknik Jerman, termasuk beberapa bekas ahli dan pemimpin Parti Nazi berkepakaran dalam fizik matematik dan kimia, telah diambil dan dibawa ke A.S selepas Perang Dunia II.

Projek Paperclip : Hermann Oberth (duduk hadapan), Ernst Stuhlinger (duduk kiri), A.S Maj. Gen. H.N. Toftoy (Berdiri Kiri), Robert Lusser (berdiri kanan), and Wernher von Braun (duduk kanan).

Operasi itu, yang berlangsung antara 1945 dan 1959, bertujuan untuk mempertingkatkan teknologi kejuruteraan  tentera AS dan untuk mengelakkan kepakaran mereka daripada jatuh ke tangan Kesatuan Soviet semasa era Perang Dingin.

Para rekrut terbabit dalam pelbagai bidang seperti teknologi roket, penerbangan, dan peperangan kimia dan biologi.

Beberapa ahli sains Nazi yang terlibat dalam projek Paper Clip ialah

1) Hermann Oberth terkenal gelaran Bapa Roket Nazi kerana berjaya membangunkan roket V-2 untuk Nazi Jerman semasa Dunia II.

Hermann Oberth

2) Ernst Stuhlinger Jurutera Roket Nazi,

Ernst Stuhlinger

3)Robert Lusser  Jurutera Dan arkitek jet pejuang Nazi.

Robert Lusser

4) Wernher von Braun Jurutera pembangunan roket V2 Nazi .

Wernher von Braun

Tokoh Nazi terkenal terlibat secara langsung pembangunan NASA seperti Wernher von Braun, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan program angkasa A.S.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   KASUT TAKTIKAL PERANG!