Hafizul diberkas dan pistol dirampas di Kota Bharu Kelantan

This post has already been read 2078 times!



Hafizul Hawari yang diburu polis sejak awal pagi Ahad 14 April 2024 selepas melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 akhirnya ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, jam 3 petang semalam 15 April 2024.

Jalan Bayam -Lokasi tangkapan

Diberitakan bahawa berlaku pergelutan dalam usaha polis menahan beliau di tepi jalan sebelum berjaya diberkas bersama  sepucuk pistol dan sebuah kereta dirampas daripadanya.

Operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan Khas D9  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Blossom Wong aset unggul PDRM