Satu gambar membawa kepada kenangan seumur hidup.

Sebuah gambar yang dirakam lebih 80 tahun lalu di jalan British Columbia, telah memberikan Warren (Whitey) Bernard terkenal seumur hidup.

Anak kecil itu kini berusia 88 tahun  menjadi budak kecil berambut perang yang mencapai tangan bapanya dalam imej ikonik “Tunggu Saya, Ayah” .

Warren (Whitey) Bernard bersama gambar ikoniknya

Warren (Whitey) Bernard, terkenal sebagai budak kecil yang mencapai tangan bapanya pada tahun 1940, dengan gambar bapanya pergi berperang dalam perang dunia kedua.

Pada hari itu, lebih daripada 800 anggota Rejimen British Columbia Duke of Connaught’s Own Rifles berbaris di sepanjang Eighth Street, menuju ke kenderaan pengangkut untuk ke medan peperangan.

Bernard terlepas dari genggaman ibunya, Bernice Bernard untuk berlari dan mencapai tangan bapanya, Sarjan Jack Bernard.

Ayahnya menukarkan senapang  ke tangan kirinya supaya dia boleh mencapai tangan anaknya sambil tentera di belakangnya tersenyum.

“Ini bukan lakonan, ia adalah detik sepontan,” kata Bernard.

Ia adalah satu-satunya imej yang diambilnya yang dicetak pada hari itu.

Pada musim sejuk 1945, selepas lima tahun peperangan dan pertempuran di tempat-tempat seperti Caen dan Falaise, Belanda dan Jerman, Sarjan Bernard pulang ke rumah, “keletihan pertempuran” ditulis pada rekod pelepasan perubatannya.

“Kami mempunyai hubungan yang sangat baik.” kata Bernard sambil mengingati ayahnya mengajarnya memancing ikan, dan membina kabinet rumah.

Perang memisahkan kami sekian lama, kerinduan terhadap ayahnya terubat setiap kali menerima surat  dari ayah di perbatasan. Ia adalah perpisahan yang sangat serius,” katanya, sambil menambah dia telah menyimpan semua surat bapanya.

“Saya masih kecil tetapi saya tahu apa yang berlaku. Saya ingat ibu saya marah. Ia adalah masa yang sangat emosional.

Tetapi saya juga sangat bangga dengannya kerana ayah  seorang askar.”

Ayah Bernard  meninggal dunia pada 1981 pada usia 74 tahun.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn