Analisa Ketegangan -Serangan Iran ke wilayah Pakistan membunuh 2 kanak-kanak

This post has already been read 1421 times!

Pada 16 Januari 2024, Dunia dikejutkan dengan serangan Drone  Iran ke Wilayah Baluchistan Pakistan. 


Pakistan dalam reaksinya sangat-sangat sedih dan terperanjat dengan serangan Iran ke Baluchistan itu. Mengikut laporan 3-4 serangan Drone dilancarkan kearah masjid dan rumah awam.



Iran menyerang kawasan di Baluchistan kerana mensyaki wilayah berkenaan dijadikan pengkalan perisik Amerika Syarikat untuk memantau kedudukan strategi Iran.

Serangan peluru berpandu ini  menyedihkan kerana menyebabkan dua kanak-kanak terbunuh.

Pakistan telah mengeluarkan arahan dengan memanggil duta Iran untuk minta penjelasan dan mengemukakan bantahan.



Pakistan mengatakan dia tak mahu terlibat dalam pelebaran konflik dengan Amerika Syarikat.



Pakistan  secara geografinya bersempadan dengan Iran dan Afghanistan.



Berpandukan visual Aljazeera jelas menunjukkan Iran menembak peluru berpandu ke lokasi penduduk awam.

Pakistan mempamerkan kematangan tidak bertindak agresif dengan mengambil langkah bertenang.


Iran perlu menjawab secara bertanggungjawab kenapa dia melancarkan serangan kesempadan Pakistan kerana
Pakistan kelihatannya tidak bukti jelas pengelibatan sebagai sebarang aktiviti proksi dengan Amerika Syarikat.


Kemungkinan Iran salah
membuat percaturan.

Pakistan kini berada dalam keadaan yang sukar dari segi kestabilan politik dan ekonomi.



Pakistan ialah negara konsisten dan proaktif dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan
Palestine.



Kelihatannya peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran tak menepati sasaran dan tak boleh kita terima setakat ini sebagai tindakan mengebom kepentingan Amerika.

Pakistan selama ini kita tahu, walaupun mempunyai hubungan baik dengan Barat, tetapi tidak pernah memproksikan Bumi untuk kepentingan risikan Amerika bagi intipan ke atas Iran.


Pakistan secara ekonomi telah
menuju menjadi negara mundur
kerana mereka mengalami keadaan inflasi yang tinggi dan
gagal mendapat pinjaman tambahan daripada Bank Dunia.

Secara sejarahnya, tidak  pernah lagi Amerika berkata memiliki kepentingan pos ketenteraan dalam bentuk pengintipan di Pakistan.

Dan kalau ada pun Pakistan tak
akan diizinkan.

Kerana salah satu daripada hubungan diplomatik Pakistan yang bagus adalah dengan
Iran dan mereka juga adalah negara yang menjalankan perniagaan bersama di sempadan mereka.

Dan Iran dalam sejarahnya tak
pernah ada permusuhan terbuka
dengan Pakistan.

Baca Juga   Letupan kedengaran di Isfahan Sistem Pertahanan Udara Iran diaktifkan

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.