Pemilik lori ini adalah Tan Sri Syed Mokhtar. Dibeli semasa memulakan syarikat pengangkutan Sentosa sekitar tahun 70an. Masa itu, siapa yang ada lori ini ibarat ada trak penghantaran Volvo pada masa sekarang, memang hebat.

Lori Volvo milik Tan Sri Syed Mokhtar

Khabarnya lori ini masih lagi disimpan. Tan Sri Syed Mokhtar mengembangkan kepada perniagaan beras pula. Penubuhan dilakukan secara usahasama dengan 3 orang rakan kongsi berbangsa Cina. Sebabnya itulah satu-satu caranya untuk orang Melayu tembusi industri pengedaran beras yang dimonopoli oleh kaum Cina. Tanpa kaedah ini memang sukar untuk masuk dalam pasaran.

Tan Sri Syed Mokhtar sebenarnya baru berumur 24 tahun masa itu tapi beliau sudah berani hendak cuba pecahkan monopoli bangsa Cina dalam bisnes beras.

Beliau berterus-berterang kepada rakan kongsinya yang dia mahu pegang saham majoriti, bukannya sekadar jadi wakil Bumiputera yang berniaga ala Ali Baba, makan komisyen sahaja.

Lalu mereka tubuhkan Bukhary Sdn Bhd dan Tan Sri Syed Mokhtar menyuntik aset lori-lorinya sebagai sebahagian dari sahamnya.

Tidak berapa lama kemudian. rakan-rakan kongsinya buat hal apabila buat keputusan mendadak untuk naikkan modal berbayar dan setiap pemegang saham perlu bayar modal mereka secara tunai.

Tan Sri Syed Mokhtar terpaksa minta bantuan ibubapanya. Beliau tiada tunai sebanyak dua ratus ribu yang diperlukan. Jika tidak, bahagian saham beliau akan berkurangan dan jadi pemegang saham minoriti.

Kedua ibubapanya setuju cagarkan dua bidang tanah kepada bank untuk dapatkan pinjaman. Mujur juga ada ibubapa Tan Seri memiliki aset.

Dengan duit pinjaman tersebut, Tan Sri Syed Mokhtar berjaya kekalkan jumlah pegangan sahamnya. Selepas insiden ini beliau jadi lebih cerdik dan terus ambil langkah untuk pastikan saham milik bumiputera dalam syarikat tersebut tidak boleh dicairkan dalam apa juga keadaan. Dan setiap syarikat yang beliau tubuhkan secara usahasama selepas itu juga ada klausa yang sama. Begitulah asam garam perniagaan secara berkongsi memerlukan kemahiran pengendalian.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn