TikTok perlu dijual jika mahu terus beroperasi diAmerika Syarikat selepas Dewan Perwakilan Negara tersebut sebulat suara meluluskanRang Undang-undang Ruu memaksa penjualannyadalam masa 6 bulan.
Ia ini dilakukan atas sebab menjaga keselamatan negara kerana TikTok didakwa melakukan intipan bagi pihak China. Walaupun Bike Dance bertegas akan menentang Ruu ini jika diluluskan Senat dan Presiden Joe Biden.
Beberapa kumpulan pelabur di Amerika Syarikat telah bersedia untuk membelinya. Menurut penganalisis, nilai Tiktok pada waktu ini ialah sekitar $100 bilion dolar Amerika dan akan turun kepada 40bil Dollar Amerika jika algoritma tidak dijual bersama.
Beberapa tahun yang lalu, Cina telah menetapkan algoritma milik syarikat Cina tidak boleh dijual tanpa kebenaran kerajaan terlebih dahulu.
Ini menjadikan TikTok lebih bernilai berbanding Twitter, YouTube, Instagram dan whatsapp semasa ia dijual oleh pemilik asal.
Pada masa sama majoriti penganalisis melihat Tiktok berkemungkinan diharamkan sahaja daripada beroperasi di Amerika Syarikat dan langsung tidak dijual, Jika ini berlaku Amerika Syarikat akan mengikuti jejak India dan Nepal yang juga mengharamkan tiktok sebelum ini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.