Serangan Asid Faisal Halim Polis Tahan Reman Suspek

This post has already been read 2435 times!

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 20an berhubung serangan asid terhadap penyerang Harimau Malaya Faisal Halim.

Suspek 20an ditahan dalam tempoh kurang 24 jam dari masa kejadian

Suspek diberkas di Pandan Indah Ampang. Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata polis dijangka memperoleh perintah reman terhadap suspek. “Kami telah rakam kenyataan daripada tiga orang termasuk mangsa.

Sumber- Malaysia Kini

“Polis juga telah menangkap seorang lelaki dalam 20an dan akan direman hari ini iaitu 6 Mei 2024.”

Polis juga dijangka menemu bual beberapa lagi saksi bagi melengkapkan siasatan berhubung serangan asid keatas penyerang harimau Malaya yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Selangor pada Ahad 5 Mei 2024.

Siasatan di bawah seksyen 326 kanun keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video] Caramelo terperangkap lebih 24 jam di atas bumbung akibat banjir diselamatkan