This post has already been read 4738 times!
Seorang mahasiswi dari Pagoh, Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 9 Mei 2024 bersabit kes menyimbah asid kepada rakannya minggu lalu.
Keertana didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Nurul Husna Rahim, 22, dengan asid sulfurik di pejabat jabatan sebuah universiti di Kubang Kerian di sini pada pukul 4.23 petang, 3 Mei 2024.
Keertana Naidu, 22, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, pada awalnya meminta tertuduh tidak diberikan ikat jamin atas kesalahan serius.”Terdapat pertikaian masalah yang timbul antara mereka dan tertuduh sanggup datang dari Johor dengan membawa satu botol asid. la satu risiko yang tinggi jika tertuduh dijamin,” katanya.
Hakim Nik Habri Muhamad bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.