This post has already been read 2217 times!
Perlawanan kebajikan berkenaan untuk kempen anyi dadah, anti rasuah dan hak kanak-kanak.
Mungkin sudah suratan atau kebetulan, pada waktu itu, Maradona berkempen anti-dadah, Platini anti-rasuah manakala Pele pula berkempen untuk hak kanak-kanak.
Masa berlalu begitu pantas, Maradona terjebak ketagihan dadah dan disingkirkan dari skuad Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Dia digantung 15 bulan kerana gagal ujian dadah.
Platini pula diharamkan dari sebarang aktiviti bolasepak selama 8 tahun kerana didapati terlibat rasuah.
Pele, Raja Bolasepak enggan mengakui dan menerima anak biologinya, Sandra Regina Arantes hasil dari hubungan dengan pembantu rumah pada 1964.
Arantes memfailkan tindakan undang-undang ke atas Pele dan memenangi kes tersebut setelah keputusan DNA memihak kepadanya.
Manusia mungkin hebat dalam satu bidang tetapi gagal dalam berhadapan dengan ujian.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.