1 min read

Amaran Kerajaan Saudi jangan terpedaya iklan haji palsu

This post has already been read 1103 times!

Arab Saudi menasihatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan iklan haji palsu di media sosial.

Kementerian Keselamatan Awam Arab Saudi menasihatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan pelbagai iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di platform media sosial.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu itu bertujuan untuk mengelirukan dan memperdaya orang ramai mengenai perkhidmatan yang diberikan melalui individu atau agensi yang tidak dikenali.

Antara perkhidmatan yang dijanjikan melalui iklan tersebut ialah menguruskan haji untuk pihak ketiga, menyediakan dan mengagihkan haiwan korban untuk jemaah, dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

Sebarang urusan mengenai perkara itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek itu adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain atau cawangan yang dibenarkan.

Penguatkuasaan dan hukuman akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang”, katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   10 kata laluan paling buruk