Mati Dalam Tahanan Polis dapat Pampasan RM338,000.00

This post has already been read 2629 times!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang pada 30 Mei 2024 memutuskan jumlah pampasan lebih RM338,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis, tujuh tahun lepas.

Peguam Zaid Malek, yang mewakili balu Balamurugan iaitu Natthanan Yoochomsuk dan saudara lelaki mendiang S. Balraj selaku plaintif, memberitahu media bahawa Hakim Su Tiang Joo memutuskan sebanyak RM100,000 sebagai ganti am, RM200,000 sebagai ganti rugi teruk, RM16,000 sebagai ganti rugi khas dan RM22,000 sebagai kos.

Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa polis serta kerajaan bertanggungjawab atas kematian Balamurugan dan memerintahkan jumlah ganti rugi ditaksir secara berasingan.Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/#AWANInews

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   RAMBO BENTONG LEMBIK KENA 24 SEBATAN