2 mins read

Kronologi pencerobohan Pengganas Sulu Di Kampung Tanduo Lahad Datu

This post has already been read 2823 times!

Peristiwa Lahat Datu meninggalkan sejarah hitam buat Malaysia apabila ramai perwira negara gugur mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi pengganas Sulu pada 2013.

Seramai 235 pengganas Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo di Lahat Datu Sabah pada 11Februari 2013.

Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo utara telah dihantar oleh Jamalul Kiram yang merupakan salah seorang daripada pihak yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

Angkatan yang diketuai Raja Muda Akbimuddin Kiram itu yang merupakan saudara lelaki kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram menceroboh masuk Sabah dengan alasan ingin menuntut Sabah kembali menjadi wilayah Kesultanan Sulu.

Raja Muda Akbimuddin Kiram mengetuai pencerobohan ke kg Tanduo

Kehadiran mereka disedari oleh sekumpulan nelayan tempatan pada malam 11 Februari 2013.

1.Pengganas dikesan mendarat di Kampung Tanduo ,9 Februari 2013 oleh nelayan tempatan.

2. Laporan polis mengenai kehadiran pengganas difailkan di Balai Polis Chenderawasih, FELDA Sahabat 12

3. 28 Februari 2013 Ops Sulu dilancarkan, rundingan antara polis dan kumpulan pengganas gagal.

1 Mac 2013 Pertempuran antara polis dan pengganas di Kampung Tanduo mengorbankan 2 anggota Komando 69 dan 12 pengganas.

2 Mac 2013 6 anggota polis terkorban diserang hendap pengganas ketika menjalankan pemeriksaan di Kampung Simunul, Semporna

3. 4 Mac 2013 Penduduk zon Labian, Tanduo, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Batu, Tanagian dipindahkan ke penempatan sementara di FELDA Sahabat, Lahad Datu.

3. 5 Mac 2013 Ops Daulat dilancarkan, tentera melaksanakan serangan udara ke atas kubu pengganas di Tanduo disusuli operasi darat.

4. 5 Mac – 1April 2013 Operasi pengeladahan dan pembersihan di Zon Labian dilaksanakan. 65 pengganas ditembak mati dan lebih 100 ditangkap.

Baca Juga   Jurutera Daerah dan Pembantu Awam direman kes rasuah RM700,000

5. Pada 15 Mac, Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah mengesahkan Aggimudin Kiram dipercayai telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

6. 30 Jun 2013 Ops Daulat ditukar kepada Ops Sanggah.

Senarai anggota yang terkorban dalam Insiden Pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Kejadian 1 Mac 2013 – Pertempuran di Kampung Tanduo (Anggota VAT 69)

1. Inspektor Zulkifli Mamat (ASP)

2. Koperal Sabaruddin Daud (Sarjan)

Kejadian 2 Mac 2013 – Serangan Hendap Pengganas di Kampung Srijaya, Simunul, Semporna (anggota Cawangan Khas, PGA, PDRM)

1. Superintendan Ibrahim Lebar (ACP)

2. Asisten Superintendan Michael Anak Padel (DSP)

3. Sarjan Abdul Aziz Sarikon (Sarjan Mejar)

4. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran (Koperal)

5. Sarjan Baharin Hamit (Sarjan Mejar)

6. Koperal Salam Tugiran (Sarjan)

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

1. Prebet Ahmad Hurairah Ismail (Koperal) – terkorban ketika pertempuran dengan pengganas

2. Prebet Ahmad Farhan Ruslan (Koperal) – terbabit kemalangan jalan raya ketika operasi.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.