This post has already been read 5707 times!
Gigi boleh tumbuh tentu sekali menggembirakan bagi orang yang kehilangan gigi.
Satu penemuan baru oleh saintis di Universiti Kyoto dan Universiti Fukui, memberitahu kita bahawa gigi yang sudah reput ada harapan untuk tumbuh semula.
Para saintis meneroka teknologi genetik bagi menjana semula gigi pada orang dewasa. Menurut Katsu Takahashi, salah seorang penyelidik utama kajian dan pensyarah kanan di Sekolah Perubatan Siswazah Universiti Kyoto, molekul asas yang bertanggungjawab untuk pembangunan gigi telah pun dikenal pasti.
“Pertumbuhan gigi individu bergantung pada interaksi beberapa molekul membentuk tulang gigi,” kata Takahashi.
Ubat yang dikaji menunjukkan kesan positif keatas tikus dan musang. Walau bagaimanapun kajian masih diteruskan termasuk ujian kepada manusia.
“Kejuruteraan tisu konvensional tidak sesuai untuk pertumbuhan semula gigi. Kajian kami menunjukkan bahawa terapi molekul bebas sel berkesan untuk pelbagai agenesis gigi kongenital, “kata Manabu Sugai dari Universiti Fukui, seorang lagi penyelidik kajian.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.