Penjenayah larikan kereta bersama warga emas dan ceroboh rumah berjaya di berkas.

schedule
2024-06-06 | 01:41h
update
2024-06-06 | 01:41h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Penjenayah larikan kereta bersama warga emas dan ceroboh rumah berjaya di berkas.

This post has already been read 1945 times!

Lelaki yang melarikan sebuah Honda City di stesen minyak Semambu, Kuantan ditahan di Bentong.

Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya juga menemui kereta dicuri berkenaan. “Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui,” katanya

Dalam kejadian 3.10 petang 3 Jun 2024, seorang pesara guru wanita melalui detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta anaknya. Napisah Muhammad, 68, dilarikan sejauh 400m dari stesen minyak itu sebelum diturunkan dalam keadaan selamat.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama suaminya, Mohamed Halim Omar, 77, dan anak perempuan mereka seorang kauntan, berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak serta ke tandas.

Suspek yang mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Kuantan hanya sempat tidur selama kira-kira dua jam selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis di Karak sebelum ditahan pihak polis.

Suspek yang berusia 40 tahun meninggalkan kereta jenis Honda City di Pekan Karak sebelum menumpang orang awam ke di sini.

Kereta ditemui di pekan Karak

Suspek kemudian menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis. Suspek mengurung penghuni rumah di dalam sebuah bilik sebelum tidur di ruang tamu. Pemilik rumah menghubungi polis dan tangkapan dilakukan jam12:45 malam ketika suspek sedang tidur.

Suspek memiliki beberapa rekod jenayah dan merupakan bekas banduan baru dibebaskan dari penjara.

Penjenayah ditahan polis
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Robot dari China akan membantu untuk mencari mangsa lubang jerlusAMP

31/08/202431/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Polis menumpaskan rangkaian ‘swinger’, 36 ditahan termasuk penjawat awam dan pelajar IPTAMP

31/08/202431/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Cara mudah Penjual Topi Keledar diperdaya dengan teknik bayaran pindah online palsuAMP

30/08/202430/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
01.09.2024 - 04:00:06
Privacy-Data & cookie usage: