[ Video] Reman ibubapa Zayn Rayyan dilanjutkan 6 hari lagi

This post has already been read 1477 times!

Suasana di perkarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya Selangor sedikit kecoh apabila ibu bapa kanak-kanak autism Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh dibawa untuk permohonan lanjutan reman pada pagi Jumaat 7 Jun 2024.

Peguam mewakili pasangan berkenaan iaitu Fahmi Abdul Muin dan Ilyani Kuzai memberitahu ibu bapa Zayn berada dalam keadaan tertekan sejak ditahan reman pada 1 Jun lalu, namun masih memberikan kerjasama baik kepada pihak polis, meskipun tempoh tahanan reman itu dilanjutkan 6 hari lagi.

Mahkamah Majistret telah membenarkan lanjutan tahanan selama 6 hari lagi bagi membolehkan PDRM melengkapkan siasatan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Perangkap wayar di SUKE menyebabkan kecerderaan