This post has already been read 3124 times!

Poiis Forensik menjalankan siasatan ditempat kejadian

Penyerang – yang ditembak mati di tempat kejadian dikenalpasti anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah, sebuah pertubuhan teroris. Tujuh orang, termasuk keluarga penyerang, telah ditahan untuk siasatan dan Polis sedang mengesan lebih 20 orang yang disyaki anggota JI di Johor.

ULU TIRAM, Johor: Seramai 7 orang dipercayai anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) termasuk lima dari keluarga suspek telah ditahan Polis untuk siasatan berhubung serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di pinggir Johor Bahru pada awal pagi Jumaat (17 Mei 2024). Serangan di balai polis Ulu Tiram oleh penyerang bertopeng berpakaian gelap kira-kira jam 2.30 pagi itu mengorbankan dua anggota polis dan menyebabkan seorang cedera. Penyerang terbunuh dalam pertempuran berbalas tembakan dengan Polis. Sebelum serangan, Balai Polis didatangi oleh 2 orang pelajar Institut pengajian tinggi membuat laporan tentang kes cabul yang berlaku 2 tahun lalu.

Sedang dalam proses penyediaan laporan, penyerang datang dengan motosikal masuk ke balai dan terus ke bahagian belakang balai.

“Seorang anggota pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa tiba-tiba diserang oleh suspek. Anggota berkenaan meninggal dunia ditempat kejadian.

Suspek kemudian ambil senjata api anggota berkenaan.

Kebetulan dua anggota cegah jenayah telah dimaklumkan mengenai serangan itu sebelum mereka tiba di lokasi dan berlaku tembak menembak.

Akibat insiden tembak menembak itu, seorang lagi anggota maut apabila peluru yang terkena di bahagian pipi tembus di kepala.

Namun seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek,.

Dua pelajar itu ditahan bagi siasatan lanjut pembabitan mereka dengan serangan itu.Mengikut siasatan awal adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.

Baca Juga   Pemandu e-hailing hilangkan diri sudah ditemui

Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba penyerang datang ke balai. Jadi Polis akan melakukan siasat dengan rapi keatas dua pelajar berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, sepasukan anggota polis telah menggeledah rumah suspek dan menemui bukti bahawa dia adalah anggota Jemaah Islamiyyah (JI) sebuah pertubuhan teroris.

“Kami juga mendapati suspek melakukan persiapannya, beg yang digunakannya dilapisi dengan zink dan bahan lain supaya boleh digunakan sebagai perisai semasa bertempur dengan polis,” kata Encik Razarudin.

“Jadi daripada apa yang kita lihat, individu itu datang ke pos polis untuk mendapatkan pistol untuk agendanya, yang kita tidak tahu lagi apa itu. Saya telah mengarahkan Cawangan Khas untuk mengenal pasti semua anggota JI di Johor untuk dipanggil untuk disoal siasat,” katanya lagi.

Ketika ditanya oleh pemberita mengenai motif serangan itu, Razarudin berkata: “Mereka adalah anggota JI … kami mengesyaki bahawa (ia untuk mendapatkan senjata), tetapi kami mesti menyiasat lebih lanjut.”

Razarudin menggariskan lebih 20 orang yang dipercayai ada kaitan dengan JI akan ditahan untuk disoal siasat termasuk lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 dan 62 tahun. Beliau menegaskan bapa suspek berusia 62 tahun , adalah ahli JI yang terkenal.

Razarudin menambah bahawa dua orang yang membuat laporan polis pada masa itu juga telah ditangkap kerana dia berkata bahawa “tidak logik” untuk mereka melaporkan insiden yang didakwa berlaku dua tahun lalu, membayangkan bahawa mereka mungkin terlibat. dalam serangan itu sebagai gangguan kepada polis.

Razarudin menambah bahawa kawalan keselamatan telah dipertingkatkan di balai polis, istana negeri serta kediaman rasmi menteri besar Johor.

Mayat kedua-dua anggota polis dan suspek telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.

Baca Juga   Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan untuk siasatan

Pegawai yang cedera juga telah dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Sidang Media Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain di perkarangan Balai Polis Ulu Tiram
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay