Terengganu FC batal penajaan XFOX selepas 48jam

This post has already been read 1516 times!

Berita Harian 12 Jun 2024, melaporkan Terengganu FC membatalkan perjanjian dengan syarikat pengurusan pelaburan, XFOX Market Holdings Sdn Bhd membabitkan penajaan bernilai RM1.5 juta dengan persetujuan tiada apa-apa tuntutan di antara kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas, berkata keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mengambil kira penularan perjanjian penajaan itu sejak kelmarin.

Gambar fail – CEO Terengganu FC, Mohd Sabri Abas (depan, dua kiri) bersama CEO XFOX Market Holdings, Datuk Suhaila Semaru (depan, empat kanan) ketika majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Penajaan Musim 2024/2025 bersama syarikat XFOX dan TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Tular di Media Sosial kritikan bertali-arus mempersoalkan tindakan Terengganu FC mengadakan perjanjian penajaan dengan XFOX Market Holdings. Netizen mempersoalkan perjanjian persefahaman dengan sebuah syarikat yang tersenarai di pengkalan data Amaran Bank Negara Malaysia.

Ini jelas membuktikan XFOX Market Holdings ada masalah dari segi perundangan kewangan negara.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Oniscidae mesin pencuci bumi