Copa America 2024: Akhir ditangguhkan selama 30 minit kerana penyokong berpusu-pusu masuk ke dalam stadium untuk menyaksikan perlawanan Akhir Copa America 2024 antara Argentina dan Colombia di Stadium Hard Rock.
Pihak stadium mengumumkan pada X. “Kami ingin memaklumkan kepada individu tanpa tiket tidak akan dibenarkan masuk ke dalam stadium. Hanya mereka yang mempunyai tiket yang dibeli akan dibenarkan masuk setelah akses dibuka semula. Kami juga memaklumkan kepada anda bahawa perlawanan akan ditangguhkan selama 30 minit, bermula jam 8:30 malam,” kata kenyataan badan induk itu.
Jabatan Polis Miami-Dade turut mengeluarkan kenyataan. “ Beberapa insiden di pintu dibuka di Stadium Hard Rock untuk perlawanan akhir Copa America. Insiden ini adalah akibat daripada tingkah laku penyokong yang tidak terkawal yang cuba memasuki stadium walaupun tidak memiliki tiket. Kami meminta semua orang bersabar, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pegawai kami dan kakitangan Stadium Hard Rock,” katanya.
“Kami secara aktif bekerjasama dengan Stadium Hard Rock untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua yang hadir. Tingkah laku yang tidak terkawal akan menyebabkan anda diusir dan/atau ditangkap. Kami tidak bertolak ansur terhadap kelakuan tidak terkawal daripada semua yang hadir,” tambah kenyataan itu.
Semakan terkini 8:30 malam, perlawanan masih lagi ditangguhkan. Masa sebenar akan dimaklumkan kemudian.
Kakitangan keselamatan memberitahu AFP bahawa pintu pagar telah ditutup kerana penyokong telah cuba memasuki stadium secara berebut apabila pintu telah dibuka. dibuka.
Seorang pegawai polis di lokasi di tempat kejadian memberitahu AFP bahawa beberapa penyokong telah berjaya meluru masuk ke dalam stadium. Tidak jelas sama ada mereka mempunyai tiket untuk perlawanan itu.
Beberapa penyokong yang ditemuramah oleh wartawan AFP menggambarkan suasana huru-hara di pintu masuk. “Ia gila, orang ramai cuba masuk seperti orang gila,” kata David Fernandez, peminat Colombia dari Gainesville , Florida.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.