This post has already been read 1998 times!
Sampai saja di Tanah Melayu dulu, kami pun dibawa ke ibu Pejabat Garrison di Port Dickson,
Disana kami diberi latihan asas menjadi perajurit.
Tiap-tiap pagi kami bersenam, mula-mula sengal tulang dibuatnya, tapi tak lama rasa ringan pula badan.
Gerak Geri pun cergas membuat latihan tentera selanjutnya.
Latihan tentera sungguh hebat, kami diberi cara-cara latihan moden seperti gaya-gaya hendak
menyerang kawasan musuh dan juga menggunakan senjata-senjata automatik baru.
Semua latihan ini membuat kita rasa berani dan percaya kepada kebolehan diri sendiri.
Hidup di kem latihan cukup seronok, lebih-lebih lagi bila
makan minum dan kebajikan kita tetap terjaga, kami
tidak pula berlatih di tengah padang satu hari suntuk, ada juga masa berehat, setengah-setengah kawan menggunakan masa itu bermain permainan seperti pingpong, ada setengahnya pula bermain ragbi di padang.
Bagi perajurit yang suka membaca ada pula perpustakaan khas, banyak buku-buku termasuklah buku-buku melayu dapat menghibur dan memberi pelajaran kepada kami.
Bagi diri saya sendiri, masa yang paling riang sekali, waktu menerima surat dari kampung.
Segala rindu terhibur, satu perangsang timbul, amal
ibadat tidak pula tertinggal di kem, selain daripada menunaikan kewajipan kepada Tuhan, amalan ibadah itu memberi kekuatan semangat kepada kami.
Setelah 3 bulan kami berlatih dengan cergasnya, sampailah kepada hari yang kami tunggu-tunggukan iaitu hari tamat latihan.
Pada hari itu, Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa, Panglima Tentera Darat Persekutuan, menyampaikan hadiah dan tauliah tamat latihan kepada semua perajurit.
Bermula pada hari itu, kami sedar, kamilah pasukan perintis
tunas yang membuka sejarah baru dalam ketenteraan
negeri Brunei, hari itu terkenang kembali kepada pahlawan-pahlawan lama negara Brunei yang kami cintai.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.