Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenali seorang  penjawat awam ditahan
1 min read

Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenali seorang penjawat awam ditahan

This post has already been read 8626 times!

.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 : Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, Nur Farah Kartini Abdullah, ditemukan mati di sebuah Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, jasad mangsa yang berusia 25 tahun itu ditemukan pada 6 petang, pada Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

“Sehubungan itu, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki yang juga penjawat awam berusia 26 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

sumber Awani

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   SUSPEK PEMBUNUHAN NUR FARAH KARTINI ANGGOTA POLIS