SUSPEK PEMBUNUHAN NUR FARAH KARTINI ANGGOTA POLIS

schedule
2024-07-16 | 07:37h
update
2024-07-16 | 07:37h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
SUSPEK PEMBUNUHAN NUR FARAH KARTINI ANGGOTA POLIS

This post has already been read 8128 times!

BERNAMA Radio – SUNGAI BULOH, 16 Julai (Bernama) — Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam, merupakan seorang anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

Hussein berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak. “Ya saya sahkan dia seorang anggota polis dan bertugas di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Hussein berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di lokasi mayat ditemukan dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang telah mula mereput.

Susulan itu, polis telah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor, pagi tadi.

Semalam, Hussein memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan. — BERNAMA

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Warga Emas mati 4 tahun tinggal rangka Rangka Atas TilamAMP

11/09/202411/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Dera kanak-kanak dua pengasuh taska ditahanAMP

07/09/202407/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Abang Bas Rakam Video murid perempuan Di tahanAMP

06/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.09.2024 - 09:14:14
Privacy-Data & cookie usage: