1 min read

Beg tangan dipercayai milik Nur Farah dijumpai di Sungai Trolak

This post has already been read 3372 times!

KUALA LUMPUR: 18 Julai 2024

Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkembangan itu. “Ya. Beg wanita dipercayai kepunyaan mangsa,” katanya.

Media semalam melaporkan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah, 25, diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Hussein berkata operasi berkenaan bertujuan mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, beliau turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   5 Mei 2024 KENYATAAN DYMM SULTAN SELANGOR